Aliran Kanō (狩野派 Kanō-ha?) ialah salah satu aliran seni lukis Jepun yang paling terkenal.
Aliran ini diasaskan oleh Kanō Masanobu (1434–1530) yang sezaman dengan Sesshū dan merupakan anak murid Shūbun. Sesetengah sarjana menulis bahawa walaupun Masanobu menguasai unsur-unsur seni lukis Cina
dan gaya Shubun, dia kurang baik pada keseluruhannya dan kekurangan
keaslian dan kreativiti gurunya. Meskipun begitu, Masanobu menjadi
pelukis rasmi di istana Shogun,
dan disebabkan kedudukan tinggi inilah yang menjadikan aliran Kanō
berpengaruh dan masyhur. Artis-artis yang mengikuti jejaknya memperbaiki
gaya dan kaedahnya, dalam masa satu generasi aliran tersebut
berkembang.
Karya-karya aliran tersebut adalah contoh-contoh kesenian era Momoyama,
dan ketika mana kebanyakan aliran menumpukan pada satu gaya, medium
atau bentuk, aliran Kanō unggul dalam dua gaya. Pelukis-pelukis Kanō
sering kali menghasilkan karya dalam skala besar yang melukiskan
pemandangan semulajadi tentang burung-burung, tumbuh-tumbuhan, air atau
haiwan-haiwan lain di atas pintu atau adang-adang gelangsar dan menutupi
latar belakang dengan daun emas. Sebahagian daripada contoh-contoh yang
paling masyhur dapat ditemui di Istana Kota Nijō di Kyoto.
Aliran tersebut bagaimana pun pada masa yang sama terkenal dengan
lanskap dakwat atas sutera hitam putihnya. Pelukis dakwat Kanō
menghasilkan lukisan yang amat datar tetapi mereka menyeimbangkan
gambaran realistik terperinci haiwan dan subjek-subjek lain dalam
latardepan dengan abstak yang selalunya kosong pada keseluruhan, awan
dan unsur-unsur latar belakang yang lain dengan sempurna. Penggunaan
ruang negatif untuk menunjukkan jarak dan untuk membayangkan kabus,
awan, langit atau laut datang daripada cara Cina tradisional dan
digunakan dengan cantik oleh pelukis-pelukis Kanō. Menarik untuk
dicatatkan mengenai garisan berus yang amat jelas dan dengan demikian
imej ketara yang diperolehi selalunya adalah medium yang amat lembut.
Juga menarik untuk dicatatkan mengenai kontras antara lukisan-lukisan
dakwat hitam putih yang dilukis dengan mahir ini dan bentuk-bentuk emas
atas kertas yang hampir-hampir menjolok mata tetapi agak cantik yang
dicipta pelukis-pelukis ini untuk dinding dan adang-adang.
Artis-artis aliran Kanō
- Kanō Naizen (1570–1616).
- Kanō Masanobu (1434–1530): pengasas aliran
- Oguri Sotan (1413–81)
- Kanō Motonobu (1476–1559): anak Masanobu
- Kanō Eitoku (1543–1590)
- Kanō Hideyoru (d. 1557)
- Kanō Sanraku (1559–1635)
- Kanō Sansetsu (1589–1651): pemimpin aliran Kyōganō, satu cabang aliran Kanō yang berpangkalan di Kyoto
- Kanō Eino (1631–1697)
- Kanō Tan'yū (1602–1674)
- Kanō Tanshin (1653-1718)
- Kanō Hōgai
- Hashimoto Gahō
- Watanabe Shiko (1683-1755)