Thursday 13 December 2012

Seni Visual


Balai Seni Visual Negara (atau BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepasMalaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara Malaysia dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.

Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat, objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
                  Pada 27 Ogos 1958, asalnya sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Visual Negara Malaysia.
Namun ia dipindahkan berhampiran Muzium Negara. Asalnya bangunan ini ialah Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Pada 13 November 1998, serentak pelancaran Pameran Seni Lukis Antarabangsa Asia ke-13 di Kuala Lumpur, ia kemudiannya berpindah ke premis baru yang terletak di Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak. Bangunan tersebut dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 September 2000. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina yang tersendiri ini terletak di antara Istana Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia. Kedudukannya juga tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas dan Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
Bangunan BSVN mengandungi 6 buah galeri, sebuah bengkel dan gedung kreatif, pusat sumber, sebuah audiotorium yang memuatkan 144 tempat duduk dan juga pejabat bahagian pentadbiran BSVN.
CONTOH-CONTOH
GAMBAR SENI VISUAL

























Related Post:



0

0 comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG SEMOGA ANDA SENANG DENGAN BLOGNYA ( ^_^ )